KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan bersama 10 wanita warga Thailand yang disyaki menawarkan khidmat seks, ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Pudu Ulu, di sini, 5 petang Sabtu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kesemua wanita berusia antara 24 hingga 32 tahun itu disyaki menjalankan kegiatan berkenaan sejak sebulan lepas dengan mengenakan caj sebanyak RM200 bagi setiap kali perkhidmatan.
"Lelaki berusia 39 tahun itu pula bertindak sebagai orang tengah dengan menerima komisen RM50 bagi setiap pelanggan yang dibawa dan mereka dipercayai mengiklan perkhidmatan melalui aplikasi media sosial seperti WeChat," katanya dalam sidang media operasi khas di sini.
Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372A/ 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1963.
Dalam pada itu, Abd Jalil berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung isu bendera hitam yang tular di media sosial sejak beberapa hari lepas, mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum ini, tular seruan mengibarkan bendera hitam di hadapan rumah, kedai, tepi jalan atau mana-mana lokasi dirasakan sesuai sebagai tanda kekecewaan rakyat terhadap kerajaan.
Seruan itu turut meminta orang ramai mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial dengan tanda pagar #Lawan sebagai tanda sokongan terhadap kempen terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 03 2021
Semua wanita itu disyaki menjalankan kegiatan berkenaan sejak sebulan lepas dengan mengenakan caj sebanyak RM200 bagi setiap kali perkhidmatan. -Gambar hiasan
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
Tawar khidmat seks kepada polis, wanita Thailand didenda RM1,500
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Langgar syarat pas lawatan sosial, 5 wanita Thailand didenda RM4,000 seorang
Lima wanita warga Thailand dijatuhi hukuman denda RM4,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Bahau pada Selasa, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan persundalan pada Oktober lalu.
Cinta tidak tidak berbalas punca pembunuhan wanita - Polis
Cinta tidak berbalas dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita Thailand yang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Berang, di sini, Selasa lalu.
Polis tahan lelaki bersama 10 wanita Thailand tawar khidmat seks
Seorang lelaki tempatan bersama 10 wanita warga Thailand yang disyaki menawarkan khidmat seks, ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Pudu Ulu, di sini, 5 petang semalam.
Polis Kelantan tumpas sindiket 'Mat Yo', 'Datin', rampas dadah hampir RM7 juta
Polis Kelantan menumpaskan dua sindiket mengedar dadah dikenali sebagai 'Mat Yo' dan 'Datin', selepas menahan 13 individu termasuk empat wanita warga Thailand.
34 pelacur ditahan di sekitar Petaling Jaya
Seramai 34 wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks ditahan pihak berkuasa dalam serbuan Op Noda di Petaling Jaya malam tadi.